Subway Perkenal Menu Baru #tambahpedas, Lagi Sedap!

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan penambahan tahap kepedasan dalam setiap masakan dan makanan mereka.

Pada edisi kali ini, Subway Malaysia telah mengambil peluang dan mengeluarkan menu #tambahpedas terbaru iaitu Spicy Mayo Chicken Sub yang menggunakan ayam yang diperap melalui pembuatan semula krim inspirasi dari Selatan dan penggunaan sos panggang Hot Pepper yang dimasukkan ke kepingan ayam untuk Hot Pepper Chicken Sub.

Hot Pepper Chicken. Foto – Arkib Wanista

Menurut Subway Malaysia Country Director, En Samad Shariff mengajak rakyat Malaysia untuk mencuba menu #tambahpedas yang dikeluarkan oleh Subway Malaysia serta berkongsi pengalaman mereka dengan memuat naik ke sosial media menggunakan hashtag #tambahpedas.

Menu baharu ini juga menggunakan kepingan keju cheddar dan mozzarella di samping penggunaan tiga jenis sos baharu iaitu spicy mayo, hot pepper dan keju; sayuran campur, chilli flakes dan cendawan cincang.

Spicy Mayo Chicken. Foto – Arkib Wanista

Jika anda bersedia untuk menghadapi cabaran #tambahpedas ini, anda boleh menambah chilli flakes ke dalam subs baharu dan kongsikan di sosial media bersama hashtag #tambahpedas.

Info lanjut, boleh ke laman web rasmi subwayisfresh.com.my.

The post Subway Perkenal Menu Baru #tambahpedas, Lagi Sedap! appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)