Step By Step Lengkap Cara Masak Rendang Ayam. Confirm Menjadi & Sedap!

Rasanya ramai yang akan pertama kali dalam hidup masak rendang sendiri raya nanti. Jadi untuk korang yang dalam kategori beginner ni boleh ikut step by step masak rendang yang dikongsi oleh Nurul Jannah Zakariar ini. Penting supaya rendang menjadi!

Bahan-bahan

1 ekor ayam
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Halia
Lengkuas
Kunyit
Serai
Santan
Cili boh
1 kotak santan 200ml
Gula Melaka
Kerisik
Daun limau purut

Ini yang penting, cara masak rendang ayam

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi halia, lengkuas, kunyit, serai. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.

2. Tumis dalam beberapa minit. Kemudian masukkan cili boh ( agak-agak ) Sebab cili api yang diblend pun tadi pun pedas.

3. Kacau sebati. Akan jadi macam ni dan masak seketika.

4. Kemudian masukkan ayam siap cuci bersih (Ayam saya tu 1 ekor berat anggaran 2kg).

5. Gaul rata ayam dengan semua bahan.

6. Kemudian perasakan dengan garam. Ikut selera masing-masing nak guna garam jenis kasar/halus.

7. Kemudian masukkan santan kelapa/santan kotak segera.

8. Tambahkan satu setengah air masak dalam kotak santan.

9. Kemudian akan jadi macam ni.

10. Pastikan kerap mengacau rendang supaya tidak hangus.

11. Kemudian bila rendang agak kering sedikit masukkan gula Melaka.

12. Diikuti dengan kerisik.

14. Gula melaka dan kerisik dah sebati.

15. Kemudian masukkan daun limau dan daun kunyit (hiris halus ).

16. Masak sampai daun limau dn daun kunyit agak layu kemudian tutup api.

SIAP!

Sumber: Nurul Jannah Zakariar

The post Step By Step Lengkap Cara Masak Rendang Ayam. Confirm Menjadi & Sedap! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 5 times, 1 visits today)