Step By Step Buat Burnt Cheese Cake. Semudah ABC, Siap Sukatan Cawan

Basque burnt cheese cake ini kalau beli satu slice saja dah RM10 atau lebih. Tapi ramai je yang sanggu beli sebab sedap amat. Terutama bagi yang suka cheese.

Daripada asyik beli baiklah kita buat sendiri untuk jimat. Tak sangka pulak senang jer nak membuatnya.

Boleh ikut perkongsian daripada Ritazara, siap ada sukatan cawan dan tip untuk mudahkan.

Bahan-bahan :

  • 250g cream cheese/ beli seketul yang 500g, guna separuh
  • 125ml atau 1/2 cawan whipping cream DAIRY (contoh Anchor, Emborg, Arla)
    (Elak guna NON DAIRY WHIPPING CREAM/FRESH CREAM sebab perlukan fat yg cukup)
  • 85gm gula atau 5 1/2 sudu makan
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 butir telur B ( gred A pun boleh)
  • 9 gm atau 1 sudu makan tepung gandum diayak

Step by step

1. Preheat oven 200 degree. Pada masa yang sama putar 250g cream cheese dgn 85g gula, putar sampai kembang, dalam 2 minit camtu pakai kelajuan sedang.

2. Masuk telur 1 persatu, masuk esen vanila. Putar sebati.

Jadi macam ni

3.Masuk tepung yang dah diayak. Kemudian sebatikan pakai hand whisk je dalam 10 pusingan.

4. Masukkan whipping cream, pakai hand whisk, putar sebati, dalam 20-23 putaran hand whisk tu pelahan supaya takde buble, nanti ada gelembung bila kek masak.

Jadi macam ni.

5. Okay, loyang 6′ lengser butter, ke minyak ke, bukan air tau. Saya pakai size 7 sebab 6 takde. Pakai size 6 akan lg cantik dan tinggi. Pastu letak baking paper berlebihan supaya senang nanti nak tarik keluar. Macam pemalas tapi bukan pemalas.

6. Tuang adunan tadi. Hentak sikit untuk keluarkan air/bubble.

7. Dalam oven yang dah dipanaskan dari tadi bakar kek suhu atas bawah, 200’C, 1 jam. Dah tinggal 10 minit terakhir, naikkan suhu jadi 210 camtu. Jadi lagi hitam lagi sedap.

8. Dah masak. Biarkan dalam 15 minit. Pastu buka baking paper boleh potong dan ngapppp.

Hasilnya

Sumber: Rita Zara, Resepi asal daripada Facebook Ainie Syeema

The post Step By Step Buat Burnt Cheese Cake. Semudah ABC, Siap Sukatan Cawan appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 8 times, 1 visits today)