Steamboat Paling Mudah & Sedap, Tiga langkah Memasak Aje

Ni dia kuah steambot paling mudah dan teramatlah sedapnya. Rebus air dan masukkan dua jenis pes, iaitu pes tom yam dan pes asam pedas, dah menjadi pun supnya.

Pastu boleh masukkan sosej, bahan mix steamboat (dalam peket) laut, cendawan dan mi segera,hmm memang mengenyangkan. Kuah ni kalau dihirup pun puas.Jom buat, mudah sangat hanya tiga langkah memasak aje.

STEAMBOT MUDAH

.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 pes tom yam
  • 1 pes asam pedas | Adabi ada
  • 2 kiub ayam
  • 1.5 liter air
  • 1 peket Mix steamboat
  • Sosej secukupnya
  • Ikan fuchok goreng secukupnya
  • Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
  • Mi segera

CARA MEMASAK :
1. Rebus air 1.5liter dan masukkan 2 kiub ayam,1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi


2. Dah menggelegak,campurkan mix steamboat,sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.


3. Dah pun siap. Senang kan


Kredit : FB : Masak Ape Ye ?

ANDA MAHU MENCARI PENGUKUS ATAU STEAMER, DAN JUGA PRESSURE COOKER, BOLEH AJE LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Suka Makan Yong Tau Foo? Ini Cara Buat Kuah Hitam & Merah Yang Sedap

The post Steamboat Paling Mudah & Sedap, Tiga langkah Memasak Aje appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)