Sotong Bakar Thai Dengan Resipi Sos Paling Sedap. Siram Aje Atasnya

Sotong Bakar Thai yang buatkan ia jadi lebih sedap ialah sos yang dicurahkan atasnya. Resipi dari Fadhilah Esa ini siap lengkap dengan padanan resipi sos buatan sendiri yang cukup lazat.

Pilih sotong segar bersaiz besar, bakar jangan lama sangat nanti liat pulak sotong dan hilang pulak jusnya. Paling sedap sotong bakar ini berintikan isi udang, boleh terbayang kesedapannya.

SOTONG BAKAR THAI

BAHAN-BAHAN :

Sotong saiz besar
Isi Udang segengam
Telur 1 biji

Bahan Sos:

5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar

Bahan kisar utk inti:

1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia

CARA MEMASAK :
1. Cara membuat inti:
Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar

2. Cara menyumbat inti:
Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.

3. Cara masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi,(pemilik resipi guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.

4. Cara buat sos:
Tumis semua bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

5. Cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. 😋

* Sukatan bahan mengikut kuantiti sotong & saiz.

Selamat Mencuba!

Kredit Resepi: Fadhilah Esa
Via FB : Resepi Masakan Terkini

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Resipi Masakan Laut Kesukaan Ramai Dan Mudah Masak

The post Sotong Bakar Thai Dengan Resipi Sos Paling Sedap. Siram Aje Atasnya appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)