Sosialit Jamie Chua Belanja Lebih RM9000 Untuk Skincare Je

Bila google nama Jamie Chua, pasti akan dikaitkan dengan Hermes Birkin. Kerana wanita cantik kelahiran Singapura ini miliki ratusan beg tangan mewah untuk Hermes Birkin sahaja. Malah, Hermes yang paling mahal ada dalam koleksinya. Rosmah pun kalah…

Jamie Chua, dirinya merupakan seorang wanita yang digelar “Rich Kids of Singapore”, dalam masa yang sama adalah seorang ibu berusia 46 tahun kepada dua orang, hasil perkahwinannya bersama seorang hartawan Indonesia.

Foto – Arkib Wanista

Baca kisah – Lihat Bagaimana Bekas Pramugari Ini Berubah Menjadi Wanita Paling Kaya Singapura

Bukan setakat beg tangan, sebilangan besar peminatnya tahu sosialit ini terkenal dengan cita rasanya pada barang mahal dari hiasan rumah, pakaian, mekap dan penjagaan kulit.

Ingin tahu produk mana yang dia gunakan setiap hari untuk kulit wajah muda remaja? Baru-baru ini, Jamie Chua berkongsi rutin kecantikannya dalam video Youtube. Kami menonton dari mula hingga akhir, dan membuat kesimpulan, wanita cantik ini berbelanja hampir $3,000 (lebih RM9000) untuk produk wajah sahaja.

Produk pilihannya terdiri daripada Drunk Elephant, Lamer, Charlotte Tilbury, Tatcha, Dior, YSL, Chanel, Lancome, dan macam-macam jenama tak terkata. Memang boleh juling mata melihatnya.

Kata Jamie Chu lagi, dia tidak bergantung kepada satu jenama semata untuk wajah tapi sentiasa tukar, kerana percaya kulitnya sentiasa berubah jadi dia perlukan perlindungan tambahan yang baru.

“Oleh kerana keperluan kulit kita akan berubah, kemungkinan bahawa produk yang lama kita guna mungkin sudah tidak lagi berfungsi, jadi ada baiknya kita lakukan perubahan agar kulit kekal bekerja,” Marina Peredo, M.D., profesor klinikal Dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York.

5 Produk Yang Jamie Chua Selalu Guna

Drunk Elephant C-Firma Day Serum, RM345. Beli di SINI

Foto – Sephora Malaysia

Charlotte Tilbury Magic Night Cream, RM445. Beli di SINI

Foto – Charlotte Tilbury

YSL Pure Shot, RM376. Beli di SINI

Foto – YSL

Dior Prestige Le Micro-caviar De Rose, RM1883. Beli di SINI

Foto – Dior

Lancome Absolue Soft Cream, RM1050. Beli di SINI

Foto – Lancome

Menangis tengok harga setiap satu produk yang digunanya

RUJUKAN : 1, 2

The post Sosialit Jamie Chua Belanja Lebih RM9000 Untuk Skincare Je appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)