Setanding Eropah! Taman Saujana Di Putrajaya Ini ‘Hidden Gems’ Terbaharu Tempat Beriadah

Bagi sesetengah negara di dunia ini ianya menjadi tumpuan kerana keindahan pemandangan yang terletak di negara mereka. Ramai yang melancong ke negara-negara tersebut kerana ingin menikmati pemandangan tersebut. Tetapi disebabkan dengan adanya pandemic ini, semua tidak dibenarkan untuk merentas negara. Ramai yang agak sedih dengan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, jangan lah anda risau kerana sebenarnya bukan sahaja di negara lain yang mempunyai pemandangan menarik, di Malaysia juga ternyata ada. Melalui perkongsian di Facebook Taman Taman Awam Putrajaya, mereka telah memuat naik setiap pemandangan dari taman awam di sana yang setanding Eropah dan hanya terletak di Putrajaya. Pasti ramai tidak tahu akan kewujudan taman ini.

European Style Park Hanya Di Putrajaya

Menurut laman Facebook tersebut, taman ini mempunyai tiga jenis taman yang berkonsepkan Eropah, China dan Inggeris. Selain itu juga, taman ini juga mempunyai tumbuhan gymnosperma yang wujud sebelum zaman dinosaur lagi.

Tak perlu susah-susah pergi ‘oversea’. Kalau anda datang ke Taman Saujana Hijau, ‘feeling’nya sama seperti berada di taman kat Eropah
Kalau anda perasan, taman ini mempunyai 3 bustan (taman) iaitu Bustan Eropah, Bustan Oriental dan Bustan Inggeris. Ketiga-tiga bustan ini mempunyai wakaf yang dibina bercirikan setiap bustan iaitu rekabentuk Inggeris, China dan Eropah.

Fakta Menarik Taman Saujana Hijau Putrajaya

Taman ini dikelilingi oleh tumbuhan gymnosperma seperti pokok pine, juniperus, thuja dan banyak lagi. Tumbuhan gymnosperma dikenali sebagai fosil hidup dalam kalangan saintis kerana ia telah wujud sejak zaman Devon (410-360 juta tahun lalu) sebelum era dinasour lagi.
Wah menariknya. Rugi kalau anda belum pernah singgah

Jom kita lihat lagi pemandangan di Taman Saujana Hijau di Putrajaya.

Sumber : Taman Taman Awam Putrajaya

(Visited 4 times, 1 visits today)