Senarai Hotel Yang Terjejas & Ditutup Akibat Covid-19

Akibat penularan Covid-19 di Malaysia banyak perusahaan terjejas teruk dan terpaksa ditutup kerana tiada pendapatan yang masuk semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Apatah lagi untuk menampung kos sewa, gaji pekerja dan kos utiliti serta keperluan lain.

Hal ini juga berlaku pada sektor perhotelan, kini banyak hotel-hotel di Malaysia terpaksa menutup premis mereka gara-gara penularan pandemik ini.

Foto – Kuala Lumpur

Antara hotel yang mengisytiharkan tutup di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Hotel Swiss Garden Damai Laut (Lumut, Perak)
  • Hotel Swiss-Inn Sungai Petani (Kedah)
  • Hotel Swiss-Inn Chinatown Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • Hotel Swiss Garden Kuantan (Pahang)
  • Hotel Swiss Garden Genting (Pahang)
  • Hotel Ramada Plaza Melaka @ Hotel Renaissance (Melaka)
  • Hotel Mahkota Melaka (Melaka)
  • Hotel Jazz (Pulau Pinang)
  • Hotel Penaga (Pulau Pinang)
  • Jerejak Island Resort (Pulau Pinang)
  • Hotel Four Point by Sheraton (Sandakan, Sabah)
  • Kinta Riverfront Hotel & Suites (Ipoh, Perak)
Foto – Hotel Business Weekly

Mungkin selepas ini akan lebih banyak hotel-hotel di Malaysia terpaksa menutup premis mereka kerana kekurangan pelanggan akibat pendemik. Dan apabila banyak hotel ditutup, maka ramailah yang akan hilang mata pencarian masing-masing.

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6,

The post Senarai Hotel Yang Terjejas & Ditutup Akibat Covid-19 appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)