Senang Sangat Buat Kelapa Jeli. Makan Waktu Tengah Hari, Sejuk Tekak!

Tengah panas, dapat makan kelapa jeli mememang sejuk tekak. Bukan anak-anak saja suka kita yang dewasa pun sama.

Jika selalu beli di kedai makan, kali ini cuba buat sendiri sebab nak membuatnya semudah ABC. Kalau di rumah ada banyak pokok kelapa kelapa jeli ini boleh buat berniaga pula.

Boleh ikut resipi kelapa jeli yang dikongsi oleh Nora Atikah ini.

Buat Kelapa Jeli Semudah ABC

Bahan-bahan:

  • 10 biji kelapa muda ambil airnya
  • 3000 ml air
  • Sepaket serbuk Jeli Kelapa
  • 2 senduk gula
  • Bekas kecil
  • Isi Kelapa – dihiris

Cara Membuat

1. Didihkan air Kelapa bersama air 3000ml (saya guna 3000 ml air kelapa tak campur air).

2. Masukkan gula 2 senduk, biar gula larut.

3. Gula dah larut masuk sepaket serbuk jeli kelapa.

4. Masak hingga mendidih kemudian terus tutup api.

5. Sediakan bekas kecil, letak siap-siap isi kelapa yang dihiris. Tuang air kelapa tadi.

6. Biarkan sejuk kemudian tutup bekas. Simpan dalam peti ais semalaman. Esok bolehlah di makan waktu tengah hari yang panas. Memang sedap!

Buat sendiri, banyak bekas boleh dapat!

Selamat mencuba!

Sumber:Nora Atikah

Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom