Selalu Lenguh-Lenguh Badan,Kolestrol Tinggi Dan Sakit Saraf, Amalkan Air Rebusan Ini

Umum tahu bahawa stress kerja boleh menyebabkan tubuh turut berasa lesu dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan keadaan badan yang mula berasa sengal dan berangin sana sini.

Ketahui penyebab anda mula berasa sengal seluruh badan. Kebarangkalian postur waktu tidur dan juga kala bekerja seharian menjadi sebab utama badan dan sendi berasa tidak selesa. Bagi anda yang bekerja mengadap komputer sepanjang masa perlu memastikan postur duduk di meja kerja betul.

Selain dari itu, cara tidur juga boleh menjadi sebab anda lenguh seluruh badan. Adakalanya apabila anda beralih dan kekal pada posisi tertentu dalam jangka sama yang lama juga boleh menjadikan tubuh berasa sakit pada keesokan paginya. Dan sering berlaku apabila posisi bantal juga menggugat waktu tidur berkualiti.

Antara cara untuk hilangkan rasa sengal badan adalah dengan pengawalan makanan kerana gas berlebihan ini datang dari sistem penghadaman. Antara cara terbaik untuk hilangkan angin ini adalah dengan meminum air halia atau air panas. Anda juga boleh cuba air bergas tetapi dalam kuantiti sederhana sehingga hilang angin dalam badan.

Satu lagi cara adalah dengan berurut. Mengurut dapat melancarkan kembali perjalanan darah dan mengeluarkan angin dalam badan dengan lebih efektif. Ada pelbagai cara anda boleh dapatkan urutan, sama ada minta pasangan suami atau isteri untuk bantu urut bahagian sengal atau anda perlu keluarkan sedikit perbelanjaan untuk ke spa yang menawarkan sesi urut seluruh badan.

Ada beberapa petua lain yang boleh anda amalkan seperti mengamalkan cara pemakanan yang lebih santai. Jika sebelum ini anda makan laju, cuba untuk ambil masa dan makan perlahan-lahan dan lebihkan mengunyah. Juga pastikan anda minum lebih banyak air kosong bagi melancarkan kembali sistem penghadaman.

Amalkan senaman regangan. Jika anda bukan jenis yang suka bersenam, cukup sekadar membuat senaman regangan setiap jam di tempat kerja, perjalanan jauh dalam kapal terbang atau jika dalam kereta, cuba untuk berhenti berehat setiap jam supaya tubuh tidak statik pada satu posisi dalam jangka masa yang lama.

Bagi mereka yang suka mencuba minuman homemade boleh cuba petua ini:

Bahan bahan:

  • 3 batang serai
  • 4 cm halia 2 ketul

Diketuk kedua bahan di atas

Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air

Tunggu suam diminum begitu sahaja atau boleh campur dengan susu

Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 atau 3 kali.

Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan, koles trol tinggi dan sa kit urat saraf.

Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

Petua ini dikongsikan oleh Puan Zainab.