Sedih Siri “Law Of The Jungle” Tamat Siaran 13 Jun Ini

Rancangan survival kegemaran ramai “Law Of The Jungle” bakal tamatkan siarannya pada 13 Jun 2020 ini nanti. Pada 26 Mei 2020 (semalam) SBS mengumumkan program “Law Of The Jungle” membuat keputusan untuk berehat pada bulan hadapan.

Rancangan berunsurkan survival di hutan liar ini telah bersiaran selama sembilan tahun tanpa henti semenjak disiarkan pada bulan Oktober 2011.

Foto – Allkpop

Krew produksi “Law Of The Jungle” telah berhenti melakukan penggambaran ekoran pandemik Coronavirus yang berlaku di seluruh negara pada ketika ini, lalu mereka membuat keputusan untuk menghentikan siaran seketika sehingga diberitahu kelak.

Bagi menggantikan siaran “Law Of The Jungle” yang akan menamatkan siaranya pada 13 Jun ini nanti, SBS bakal menyajikan slot program rancangan variety show yang dikendalikan oleh Park Na Rae dan Jang Do Yeon.

Harap lepas keadaan kembali pulih sedia kala, siri “Law Of The Jungle” beraksi semula.

Rujukan: 1, 2,

The post Sedih Siri “Law Of The Jungle” Tamat Siaran 13 Jun Ini appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)