Sata Ikan @ Sate Ikan Buat Sendiri, Tak Payah Cari Sampai Terengganu

Sata ikan ni memang sajian lazat yang popular dari Terengganu. Rugi tak makan sata ikan bila berkunjung kesana. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan sardin atau selayang. Taruh budu sikit tu yang jadi sedap meletop.

Ni kalau ratah memang best sangat ni. Jom semak resipi dari Surita Hassan ni. Tengok bahan ramuannya pun dah tahu sedap.

SATA IKAN

BAHAN-BAHAN :

  • 5 ekor ikan sardin/selayang
  • 3/4 biji kelapa putih
  • 6 biji bawang merah | ditumbuk
  • Seinci halia | ditumbuk
  • Sedikit daun kesom | diracik halus
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 biji telur
  • Garam,gula dan perisa secukup rasa
  • Resepi rahsia budu sedikit
  • Cili api | potong kecil, tak nak pedas guna cili besar aje
  • Daun pisang layur atas api

CARA MEMBUAT :

1. Ikan ambil isinya
2. Tumbuk atau mesin
3. Gaul dengan bahan yg lain

4. Ambil daun pisang buat kelongsong
5. Bakar/goreng jer atas kuali leper
6. Dah boleh dihidang, makan gitu aje pun cukup sedap.

Kredit : Surita Hassan

Via FB : Resepi Nenek Aku

ANDA SEDANG MENCARI PEMANGGANG ATAU OVEN BARU, JOM LAYARINYA DI SINI. TERDAPAT BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Hormhok. Resipi Otak-Otak Wajib Cuba. Sedap Lain Macam!

The post Sata Ikan @ Sate Ikan Buat Sendiri, Tak Payah Cari Sampai Terengganu appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)