Sambal Telur Pecah Menu Simple Kaw Kaw Sedap

Kadang kala pecah kepala juga fikir apa menu untuk dinikmati sekeluarga. Usah pening nak fikir lauk yang begitu begini. Menu berasaskan telur paling mudah nak buat. Contohnya seperti yang dikongsi oleh Sis Mas dalam slot Dapur Rasa Live baru-baru ini. Tak sampai 20 minit pun dah siap dan boleh dihidang bersama nasi panas-panas.Kepedasan sambal boleh ikut citarasa masing masing. Korang tak percaya boleh buat nanti, memang berhantu lauk ni, payah nak stop makan.

SAMBAL TELUR PECAH

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji bawang besar l hiris kasar
2 biji bawang besar l dikisar
4 ulas bawang putih l dikisar
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
Sedikit gula melaka
1 keping asam keping
Minyak masak
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris kasar kedalam kuali sehingga kekuningan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Biar sehingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air kacau rata dan pecah minyak sehingga cili betul-betul garing.
5. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan garam perasakan. Masukkan sekeping asam keping. Kacau rata.
6. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam sambal. Biarkan sehingga telur masak.
6. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Kredit foto dan resipi : Mastura Kassim

The post Sambal Telur Pecah Menu Simple Kaw Kaw Sedap appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)