Rupanya Sotong Goreng Kunyit Kena Masak Tanpa Minyak & Api Besar, Barulah Tak Kecut, Kekal Pejal & Bulat..

Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang cukup dikenali dalam bidang masakan serta mempunyai hampir 321 000 pengikut didalam instagram. Kerap memuat naik pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.Tidak kurang juga ramai mak-mak menjadikan Instagram Yatie Kitchen ini sebagai sumber rujukan mencari resipi, idea memasak serta menceduk tip-tip dan petua masakan yang dikongsikan.

Jika mak-mak selalu masak sotong, jika salah caranya, sotong mudah kecut, lembik, liat dan sangat banyak mengeluarkan air/ kuah.Rupanya ada teknik dan cara tertentu untuk masak sotong ni.

Terbaru, Yatie ada kongsikan tip dan resipi cara dia masak Sotong Goreng Kunyit tanpa menggunakan minyak, seperti kebiasaannya. Menurut wanita ini,ia merupakan tip agar sotong yang dimasak tidak mengecut dan rahsia ia kekal pejal dan bulat.

Berikut perkongsian yang tersebut;

“Cara saya masak Sotong Goreng Kunyit.Panaskan kuali tanpa minyak tau! Ingat tanpa minyak…Kuali dah panas, masuk Sotong terus dan masuk kan serbuk kunyit @adabi_consumer 1 sudu kecik.”

“Kacau sebati serbuk kunyit dan sotong , sotong akan keluarkan air yang banyak dan akan kering sendiri tapi sotong tak akan kecut sebab masa mula-mula kita masak tak masuk minyak.”

“Agak air sotong dah kering baru masuk minyak sikit, hirisan bawang besar, bawang putih, halia & cili padi ketuk.”

“Masuk garam & secukup rasa & last taburkan daun sup”

“Api besar & kacau sebati tutup api cepat!! Supaya sotong kekal pejal & bulat.

Menurut Yatie lagi, cara ini bukan sahaja untuk memasak sotong, malah apa jua benda yang mengeluarkan air, seperti daging goreng kunyit juga boleh menggunakan teknik ini.

Setiap orang pasti ada cara memasak yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing.Namun tak salah mencuba, tip memasak Sotong Goreng Kunyit yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ni.Sotong nya nampak gebu, pejal dan tak kecut.

Sumber: Yatie Kitchen

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 23,618 times, 11 visits today)