Rupanya Buah Ini Mampu Menjaga Kesihatan Tulang, Bagi Yang Tidak Suka Minum Susu , Cubalah..

Selama ini mungkin susu sering dikaitkan sebagai sumber kalsium yang membantu mengelakkan atau mengatasi osteoporosis. Namun, tahukah anda dengan mengambil buah plum kering atau turut dikenali dengan nama prune juga, ia sangat membantu kesihatan tulang?

Ya, mungkin fakta ini kurang didengari namun di Barat, buah prune memang banyak diambil untuk perawatan osteoporosis dan penjagaan kesihatan tulang. Menarik, bukan?

Bukan itu sahaja, ia juga baik untuk melancarkan sistem penghadaman jika anda benar-benar mengamalkan memakan buah prun ini.

Jom kita lihat antara kebaikan yang akan anda dapat melalui buah prun:

Mengelak Penyakit Kardiovaskular (Jantung) & Penyakit Kronik

Ia mengandungi nilai khasiat phytonutrien yang lebih dikenali sebagai phenols. Banyak kajian menunjukkan bahawa phytonutrien dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas lemak tepu dalam saluran tubuh.

Disebabkan semua sel dalam badan kita termasuklah sel otak mengandugi lemak, jadi memang penting untuk tubuh manusia mempunyai nutrisi phytonutrien secukupnya supaya tubuh bebas daripada segala jenis penyakit.

Mengelak Diabetes & Obesiti

Prun tinggi dengan serat yang akan mengekalkan kadar gula dalam darah agar sentiasa stabil (berada pada tahap baik).

Serat jenis larut ini kemudiannya akan memperlahankan proses perkumuhan secara baik agar proses penyerapan gula ke dalam darah tergendala. Serat itu tadi akan bertindak meningkatkan sesitiviti tubuh terhadap insulin.

Bukan tu je, serat jenis larut adalah kunci bagaimana untuk membuat seseorang individu kekal kenyang sepanjang hari tanpa perlu kerap berasa lapar. Kalau nak kurus, bolehlah cuba amalkan diet buah prun okay?

Foto Ihsan : Lawhyne

Merendahkan Kadar Kolesterol

Selain membuatkan perut berasa kenyang, serat jenis larut juga boleh bantu menurunkan kolesterol dengan menyerap empedu yang terdapat dalam usus sebelum menyahkannya dalam bentuk perkumuhan. Empedu adalah kolesterol yang terkumpul dalam hati. Prun juga terkenal sebagai penyembuh sembelit tau!

Tingkatkan Kekuatan Tulang & Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kajian pada 2011 mendapati prun dan plum adalah buah yang paling efektif sebagai pencegah kerapuhan tulang kerana sumber nutriennya yang kaya dengan fenolik dan gabungan flavonoid.

Sumber Utama Untuk Vitamin K & Beta Karoten

Pengambilan beta karoten yang secukupnya dapat membuatkan seseorang lebih gembira. Ia juga berfungsi untuk melindungi dan memulih kerosakan redikal bebas pada sel tubuh manusia sebagai contoh, melambatkan penuaan dan membaiki sel kulit rosak.

Vitamin K yang terkandung dalam prun pula hebat dalam memerangi faktor penuaan dengan mengembalikan kekuatan tulang serta melancarkan peredaran darah.

So macam mana? Agak-agak selepas ini anda akan suka amalkan makan buah prun tak? Semuanya terletak pada diri anda sendiri.

SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Wanista

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa