Roti Pelangi & Roti Blueberi Brioche, Cantiknya…

Tengah merancang nak ‘meroti’, ni dua resipi roti istimewa yang pasti memikat selera. Roti blueberi brioche dan roti sandwich pelangi, bukan sekadar rupa menawan tetapi kegebuan dan kelembutannya memang tak boleh bawa bincang.

.

Jom semak resipi hebat dari tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Selangor.

1. ROTI BLUEBERI BRIOCHE


.

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm yis
  • 100ml susu segar atau UHT
  • 600gm tepung roti
  • 100gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • ½ sudu teh parutan kulit lemon
  • 2 sudu makan esen vanila
  • 200gm mentega
  • Garam secukup rasa
  • Inti blueberi secukupnya | segar atau ada dijual dalam tin di pasaraya

CARA MEMASAK :
1. Adunkan semua bahan kering seperti gula, tepung roti, yis dan kulit lemon yang telah diparut menggunakan mesin pengadun sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar, esen vanila dan telur.
3. Masukkan mentega dan gaul sehingga sebati sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat di keliling mangkuk pengadun.
4. Rehatkan doh 20 minit
5. Bahagikan doh kepada 30gm, masukkan inti blueberi di tengah dan bulatkan. Masukkan dalam acuan.
5. Sapu mentega dalam acuan untuk mengelakkan doh melekat.
6. Rehatkan 45 minit atau naik sekali ganda
7. Sapukan dengan telur.
8. Bakar selama 20 minit pada suhu 180C
9. Sejukkan dan paipkan blueberry filling di atas roti

Saiz hidangan : 20 ketul
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Roti gebu dan lembut, enak dengan inti bluberi
Anggaran kos : RM20

INFO CHEF : Kulit lemon parut memberi aroma citrus yang wangi kepada brioche.

2. ROTI SANDWICH PELANGI


.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm tepung roti
  • 8gm garam halus
  • 15gm yis segera
  • 30gm gula kastor
  • 20gm susu tepung
  • 40gm lelemak sayuran
  • 310gm air sejuk | dari peti sejuk
  • 5gm pelembut roti
  • Beberapa titik pewarna merah, hijau, biru dan kuning

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung, pelembut roti dan lelemak dan gaul sekata
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh.
3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.
4. Campurkan 1 pewarna pada 1 bahagian doh.
5. Rehatkan doh selama 5 minit pada suhu bilik.
6. Canai doh satu persatu.Lapiskan doh satu persatu dengan setiap doh berwarna.
7. Gulungkan doh tersebut.
9. Bahagikan doh kepada 400 gram
10.Susun di atas tin pembakar roti yang digris dengan lelemak.
11.Biarkan doh naik selama 30 – 40 minit atau mengembang sekali ganda
12.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 25 minit.
13.Sejukkan dan hidangkan.

Saiz hidangan : 3 buku roti
Masa memasak : 25 minit
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Roti berwarna warni yang pasti menceriakan hari
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Pastikan adunan naik sepenuhnya untuk mendapatkan bentuk segiempat tepat

FOTO : TUAN AZMAN TUAN MUDA
RESIPI : MOHD NOOR ALFAHIZAM BERAHIM, MOHD FAIRUZ A. GHAFFAR 7 AZAENN MOHD AZIZ
TERIMA KASIH : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor.
MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

Ni dia tawaran hebat untuk anda yang suka membeli secara online shoppe, jom klik ni . Dapatkan free shipping deals.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

The post Roti Pelangi & Roti Blueberi Brioche, Cantiknya… appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)