Resipi Som Som Sagu Gula Melaka Lembut Bergedik

Resipi Som Som Sagu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi manisan tradisional ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.

CARA MASAK SOM SOM SAGU

BAHAN SAGU:

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah @ sirap

CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna merah. Kacau.
2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat. (masa ni sagu masih bermata ikan). Padam api.
3. Tuang sagu ke dalam bekas kecil. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan.

BAHAN KANJI SOM-SOM:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak berketul.
2. Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi. Sejukkan.

BAHAN AIR GULA:

  • 1 1/2 cawan air
  • 4 keping gula kerek/melaka (boleh guna gula merah)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai pandan – disimpul

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masak guna api sederhana hingga mendidih
2. Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih bila hendak dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

Tercari-cari ‘AIR FRYER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Patin Tempoyak Letak Timun. Sedap & Memang Padu.

Baru Tahu, Ini Cara Buat Sup Dumpling Homemade Yang Sedap.

Resipi Kuih Tepung Bungkus Sedap Untuk Minum Petang

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

The post Resipi Som Som Sagu Gula Melaka Lembut Bergedik appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)