Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall

Laksa ini memang ramai peminat. Tapi takkan nak pergi sini selalu kan. Kalau masuk mall faham-fahamlah mesti duit pun banyak keluar lagi lagi kalau anak ramai.

Jadinya kalau teringin nak makan, kita buatlah sendiri. Jangan risau ada yang sudi berkongsi resipi laksa yang rasanya ala-ala laksa AEON Mall tu.

Nak buat pun senang, pakai pes dan sardin dalam tin saja. Boleh ikut resipi dikongsi Sharifah Zuhaiza.

Bahan-bahan:

Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar)
Pes asam pedas adabi
Bawang besar
Bawang holland setengah biji
Asam keping
Belacan
Daun kesum
Bunga kantan
Bebola ikan (option)
Laksa basah

Cara membuat

1. Kisar sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. Nak lagi power, boleh juga blend sekali dengan nenas.

2. Masuk semua bahan dalam periuk. Masukkan air, masak ikut kepekatan kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.


3. Sos/kuah sardin boleh ikut selera. Kalau suka rasa ikan yang kuat masuk semua pun boleh. Atau cuba letak sikit dulu, takut hanyir.

4. Akhir sekali masukkan bebola ikan. Petis udang ikut selera sama amda nak guna atau tak. Nak masukkan nenas dan daun pudina pun boleh.

5. Dah siap. Resipi ini untuk 3-4 orang makan ya.

Resipi perkongsian: Sharifah Zuhaiza

The post Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 4 times, 1 visits today)