Resipi Kek Ros Santan Gebu Paling Mudah Buat

Cantiknya Kek Ros Santan ni. Nampak gebu dan enak. Kalau nak tahu, Kek Ros Santan ni memang sangat sedap kalau dinikmati bersama secawan kopi atau teh panas. Nak buat pon senang sangat. Khas buat anda yang nak buat kek mudah dan cepat, boleh cuba resipi perkongsian saudari CikPuan SitiMasitah ni. Pasti puas hati.

CARA BUAT KEK ROS SANTAN YANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung vanilla sponge mix
  • 250gm telur ( lebih kurang 5 biji telur saiz B)
  • 60ml santan
  • 60ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen ros
  • Sedikit pewarna pink

CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Pukul guna pengadun secara maksimum selama 4-5 minit hingga kembang.

2. Masukkan minyak jagung. Pukul sederhana hingga sebati. Jangan lupa juga untuk panaskan ketuhar terlebih dahulu.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambah pewarna pink.

4. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan dialas dengan baking paper. Bahagian atas kek boleh dicorak guna kreativiti masing-masing.

5. Bakar kek pada suhu 180C, guna api atas bawah selama 35-40 minit. Masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.

6. Bila kek telah masak, terus keluarkan dari Loyang. Biarkan kek sejuk atas redai.

7. Bila kek telah sejuk, boleh potong dan hidangkan.

NOTA:

  1. Ini cara buat kek mudah. Tidak perlu sukat gula kerana menggunakan tepung sponge mix yang sudah siap sukatan bahan campurannya.
  2. Empunya resipi guna santan kotak yang ditambah sedikit air.
  3. Minyak jagung juga boleh diganti dengan minyak masak.
  4. Selain dibakar, kek ini juga boleh dikukus.

Kredit resipi & foto: CikPuan SitiMasitah

Nak cari anekaHOME APPLIANCESyang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Cara Buat Kek Beras & Masak Tteokbokki Homemade

Resipi Som Som Sagu Gula Melaka Lembut Bergedik

Nanas Goreng Crispy. Sajian Minum Petang Unik Tapi Sedap.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

The post Resipi Kek Ros Santan Gebu Paling Mudah Buat appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)