Resipi Kek Marble Moist Sedap. Sukatan Dalam Gram & Cawan.

Sedapnya Kek Marble Moist ni. Jika ada lagi bahan-bahan ‘baking’ lebihan raya hari tu, bolehlah cuba buat kek perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Istimewanya, empunya resipi kongsikan sukatan bahan-bahan dalam gram dan juga cawan untuk memudahkan anda mencubanya. Jika di rumah tiada penimbang, guna cawan je. Best kan? Jom cuba. Pasti puas hati.

CARA MASAK KEK MARBLE MOIST SEDAP

BAHAN-BAHAN ( SUKATAN CAWAN):

  • 1 cawan mentega – boleh juga guna marjerin
  • 3/4 cawan gula kastor – empunya resipi kisar gula pasir sahaja
  • 3 biji telur gred B
  • 1 ½ cawan tepung gandum – ayak
  • 1 sudu makan baking powder – ayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • (guna loyang saiz 6 @ 7)

BAHAN-BAHAN (SUKATAN GRAM):

  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor – empunya resipi kisar gula pasir sahaja
  • 5 biji telur gred B
  • 220gm tepung naik sendiri @ tepung gandum biasa pun boleh – ayak
  • 3 sudu makan susu segar @ susu cair
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh perisa vanilla
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • (guna loyang saiz 7 @ 8)

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula selama 10-12 minit.

2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.

3. Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kaup balikkan hingga rata.

4. Tambahkan susu pekat manis. Gaul lagi hingga sebati.

5. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Adunan pertama dibiarkan pada warna asal. Untuk adunan kedua, letak serbuk koko.

6. Ambil loyang dan sapu marjerin hingga rata. Lapik dengan kertas minyak.

7. Ambil satu senduk adunan asal dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan.

8. Kemudian ambil satu senduk adunan koko dan tindihkan di tengah adunan pertama tadi. Jangan ratakan. Ia penting untuk menghasilkan corak pada kek.

9. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.

10. Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah.

11. Bila kek sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong serta dinikmati.

Info: Cara memasaknya sama sahaja dengan bahan sukatan cawan dan gram.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Resipi Cekodok Jejari Kentang Sedap & Paling Simple.

Cara Mudah Perap & Masak Ayam Berempah Yang Sedap.

The post Resipi Kek Marble Moist Sedap. Sukatan Dalam Gram & Cawan. appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)