Resipi Hebat Cendawan Tiram Goreng Garing & Daging Berempah Sedap. Stail Sue.

Resipi Hebat Cendawan Tiram Goreng Garing & Daging Berempah Sedap. Stail Sue.

Add to favorites 0 Share

Faridah Talib

Cendawan tiram goreng garing , selain boleh dijadikan lauk-pauk untuk makan dengan nasi, boleh juga dijadikan snek dimakan begitu saja. Selain cendawan tiram, boleh juga guna cendawan enoki/eringi/cendawan kukur/sisir. Lain2 jenis cendawan macam kurang sesuai tapi tak salah kalau nak cuba.

Kata empunya resipi Sue M Arukin ,“Selagi ada bahan-bahan mentah di rumah, kita gunakan semaksima mungkin sebelum keluar top up yang baru. Elakkan pembaziran ya!

IKLAN

Buka almari ingredients ada lagi setengah kilo pulut siam beli di Pekan Rabu Alor Star bulan february lepas. Jenguk di freezer, ada lagi sekilo daging. Rempah ratus semua ada. Maka kita jodohkan lah semua benda tu.”

Jom follow resipi Sue M. Arukin ini

1. CENDAWAN GORENG GARING

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

  • 500gram cendawan tiram ~ bersihkan & siat2
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan garam halus
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Tepung beras secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pastikan cendawan tak berair. Perah sikit cendawan setelah dicuci dan siat kemudian toskan.
2. Satukan rempah kari daging, serbuk kunyit, garam & lada sulah dengan cendawan yang dah disiat lalu gaul rata. Biarkan setengah jam.
3. Tabur tepung beras secukupnya ke atas cendawan dan gaul rata. Pastikan tepung menyaluti cendawan sepenuhnya. Kalau masih ada air pada cendawan, perah dulu cendawan sebelum tabur tepung.
4. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali, goreng cendawan hingga garing. Enjoy! ❤️❤️
#cendawangorenggaring

*jangan goreng terlalu banyak pada satu-satu masa sebab nanti cendawan susah garing.

2. DAGING BEREMPAH SUE’s STYLE

BAHAN -BAHAN :

  • 1 kg daging lembu/kambing – hiris nipis
  • 1 liter santan
  • 1/2 cawan kerisek
  • 2 sudu makan gula kabung
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • 3 sudu makan rempah Auntie Sue*
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 10 biji bawang merah – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Daging dihiris nipis dan cuci bersih. Toskan. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah Auntie Sue ke dalam daging lalu gaul dan perap sejam atau lebih (semalaman pun boleh).
2. Di dalam kuali besar, panaskan setengah cawan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari.
3. Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali lalu sebatikan.
4. Tuang separuh santan ke dalam kuali lalu didihkan daging (tutup kuali) hingga daging 3/4 empuk.
5. Tuang separuh lagi santan, gula kabung dan kerisek ke dalam kuali. Didihkan lagi hingga daging benar-benar empuk dan lembut (guna api kecil sahaja). Jika daging belum empuk dan kuah semakin kering, boleh tambah sedikit air (secukupnya saja).
6. Tambah garam secukup rasa. Enjoy!💕💕

*Rempah Auntie Sue: 1 batang kulit kayu manis + 4 kuntum bunga lawang + 4 biji buah pelaga + 1 sudu teh jintan manis + 1 sudu teh jintan putih + 1 sudu teh ketumbar. Sangai semua bahan lalu kisar halus. Boleh buat lebih (gandakan amount) dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan hingga 6 bulan.

**Selain pulut kuning, boleh juga dimakan dengan ketupat, lemang dan lain2.

Kredit foto & resipi : FB Sue M. Arukin

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Sajian Daging Hot & Spicy, Sedap Hingga Tak Perasan Peluh Merecik.

DAN JUGA VIDEO INI :

Related posts

Enam Kuih Berinti Manis , Sedap & Senang Buat.

Faridah Talib

Apam Pisang Coklat Makan Satu Tak Cukup

Putri

Apam Susu & Apam Susu Cheese Lemak Terasa

Putri

Cara Masak Daging Goreng Thai Yang Mudah & Sedap.

Nur

Masak Lemak Telur Dengan Kacang Panjang, Jom Cuba

Siti Mariam

Asam Pedas Tenggiri Kelapa Bakar, Lauk Sedap Gaya Tradisi

Siti Mariam

(Visited 8 times, 1 visits today)