Resipi Donut Kentang, Anak-Anak Pasti Suka

Kuih donut merupakan antara kuih yang popular sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kali ini, jom kita variasikan donut yang lebih berkhasiat untuk anak-anak di rumah. Gantikan donut biasa dengan donut kentang. Resipi yang dikongsi oleh Maria Bentalib ini pastinya menjadi kesukaan anak-anak kerana rasanya cukup enak dan berlemak.

RESEPI DONUT KENTANG OHSEM

BAHAN-BAHAN

  • 500g tepung gandum
  • Garam hujung camca
  • 2 sdb susu tepung (tak kesah brand apa pun)

(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)

  • 2 sdb gula kasar
  • 1 paket yis segera
  • 1 penutup esen vanila
  • 200g kentang – direbus
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • Gula castor untuk golek dengan donut yang dah goreng

CARA PENYEDIAAN:

1. Mula-mula sekali, rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.

2. Pastu, bab yis pulak. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan esen vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati). Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman.

3. Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata.

4. Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).

5. Siap hempas-hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.

6. Dah siap uli, cover besen dengan kain. Jemur selama 1 jam 30 minit.

7. Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.

KREDIT RESIPI & FOTO: MARIA BENTALIB

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

The post Resipi Donut Kentang, Anak-Anak Pasti Suka appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)