Resipi Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Kat Kedai

Lauk simple tapi sedap salah satunya adalah ayam goreng kunyit. Hidangan ni ayamnya dipotong kecil-kecil. Ada sedikit kadang panjang dan lobak merah. Memang sedap.

Kadang buat sendiri ayam goreng kunyit kat rumah, rasa tak sama macam kat kedai. Teringin gak nak makan yang sedap macam tu kan? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat sendiri.

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan Untuk Ayam
600 gram dada ayam (dipotong dadu)
15 gram tepung jagung
10 gram tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 kiub pati ayam
Sedikit air
Garam jika perlu (sebab dah ada kiub ayam tu)
Minyak masak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
Lobak merah (hiris panjang)
Kacang panjang (potong panjang)

Cara membuat
1. Perap dada ayam dengan tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari dan kiub pati ayam dan garam sekejap sebelum goreng.
2. Panaskan minyak masak. Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak masak sepenuhnya.
3. Goreng ayam sampai masak. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang panjang. Kacau sekejap.
4. Angkat dan toskan.

SAMBAL BELACAN SPECIAL

Bahan Tumbuk Untuk Sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah.
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.

Cara membuat
1. Tumbuk semua bahan di atas sehingga agak halus.
2. Ambik sedikit minyak masak bekas goreng ayam tadi. Masukkan baha tumbuk. Masak sekejap dalam 5-8 minit.
3. Angkat dan hidangkan.

Resipi oleh Haja Saleh dari Telegram KakiMakan

The post Resipi Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Kat Kedai appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)