Resepi Talam Ubi Kayu Yang Menjadi Elok Lapisan Atas Dan Bawah

Kali ni kami nak beri resepi talam ubi kayu kepada anda untuk cuba sendiri. Untuk yang baru pertama kali nak buat, kuih talam ni ada pelbagai jenis dan boleh dikatakan hampir sama je lapisan atas daripada lapisan santan berlemak manis.Cuma lapisan bawah sahaja yang berbeza.

Nak buat talam keladi ke, talam jagung ke, talam ubi keledek ke semua boleh. Yang penting tekak nak makan apa je.Hee.Untuk resepi talam ubi kayu ni, semestinya kita guna ubi kayu lepas tu diparut.Kena hati-hati waktu memarut ubi untuk elakkan kecederaan.

Kalau ada yang tanya boleh ke dikisar, memang tak la kan sebab ubi kayu tak direbus terlebih dahulu. Jadi ianya keras dan cara yang paling sesuai adalah parut. Satu lagi, untuk dapatkan kesedapan maksima resepi talam ubi kayu ni, gunakan santan segar. Jangan gunakan santan dalam kotak nanti lain rasa lemak kuih talam. Lagi sedap guna santan segar yang pekat.

Satu lagi tips berguna untuk anda buat resepi talam ubi kayu ini adalah, lapik bekas acuan dengan plastik tahan panas. Kenapa ?

Nanti mudah untuk anda keluarkan kuih talam yang siap. Nak potong pula guna pisau plastik.Setiap kali potong, lap sedikit dengan minyak lap balik. Ini untuk jadikan potongan talam kemas dan cantik.

Terima kasih kepada Puan Mar Che di atas resepi talam ubi kayu untuk kita semua mencubanya.Sedap sangat.

Bahan Resepi Talam Ubi Kayu Mudah :

Lapisan Bawah : 

  • 700 gram ubi kayu yang di parut
  • 200 ml santan pekat
  • 100 ml air
  • 250 gram gula merah atau gula melaka

Cara Penyediaan Lapisan Bawah Kuih Talam :

#1: Didihkan air dalam pengukus hingga mendidih.Sementara tu panaskan air, lepas tu masukkan gula merah atau gula melaka. Kacau hingga larut. Tutup api barulah masukkan santan pekat dan juga ubi kayu yang diparut. Kacau sebati dan tuang dalam loyang yang dilapis dengan plastik tahan panas. Kukus dalam 15 minit menggunakan api sederhana besar. Sementara mengukus tu, kita sambung buat lapisan atas ya.

Lapisan Atas Kuih Talam :

  • 100 gram tepung beras
  • 50 gram tepung ubi
  • 50 gram tepung gandum’
  • 2 sudu teh garam
  • 600 ml santan pekat
  • 300 ml air

Cara Penyediaan Lapisan Atas Resepi Talam Ubi Kayu :

#1: Gaul sebati semua bahan dan tuang ke dalam loyang yang ada lapisan bawah tadi. Tuang di atas senduk kayu dan biarkan mengalir rata. Baru sambung kukus lagi sekitar 30-35 minit. Bukan penutup dan sambung kukus lagi untuk 5 minit lagi menggunakan api besar untuk keringkan wap air.

Sejukkan  kuih talam ubi kayu baru potong menggunakan cara di atas tadi. Memang senang je kalau anda ikut resepi talam ubi kayu yang dah kami beri ni.Selamat mencuba.

(Visited 1,025 times, 1 visits today)