Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

Musim durian ini cukup popular dengan pelbagai masakan yang diperbuat dari raja buah ini, dari cendol durian hinggalah ke serawa durian. Menyentuh soal serawa durian atau pengat durian, penulis yakin ramai diantara kita yang hantu hidangan serawa durian ini.

Bayangkan serawa durian ini dimakan bersama pulut kukus, perghh membuatkan sesiapa saja telan liur dibuatnya. Jom lihat bagaimana nak buat serawa durian yang bukan saja sedap dimakan, malah ianya ringkas disediakan.

Foto – Arkib Wanista

Bahan-Bahan Untuk Serawa Durian

  • 10-15 ulas isi durian bersama biji
  • 2 helai daun pandan, dicarik dan disimpulkan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Seketul kecil gula melaka
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air (jika perlu)
Foto – Arkib Wanista via YouTube Che Nom

Cara Penyediaan Serawa Durian

  1. Masukkan ulas durian bersama biji, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga isi durian menjadi hancur dan kuah menjadi pekat sebati.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka dan garam ke dalam periuk, gaul rata hingga bahan-bahan sebati.
  3. Masak serawa menggunakan api perlahan.
  4. Kemudian masukkan santan pekat ke dalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga kuah sebati.
  5. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Tutup api, angkat Serawa durian dan hidangkan bersama pulut kukus!
Foto – Arkib Wanista

Bahan-Bahan Untuk Pulut Kukus

  • 500 gram beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 sudu kecil garam
Foto – Arkib Wanista via YouTube Che Nom

Cara Penyediaan Pulut Kukus

  1. Basuh beras pulut bersih-bersih.
  2. Kemudian rendam beras pulut selama beberapa jam, lebih kurang dalam dua hingga tiga jam.
  3. Selepas itu, panaskan periuk kukus dan kukus beras pulut selama 15-29 minit.
  4. Pulut dah masak, angkat pulut dari periuk kukus dan masukkan pulut dalam mangkuk.
  5. Bancuh santan cair bersama garam, kemudian tuang santan ke dalam pulut yang panas tadi.
  6. Tutup pulut dengan kain, rehatkan seketika agar pulut dapat menyerap kuah santan.
  7. Kuah habis diserap dalam pulut, pulut sedia untuk dihidang bersama serawa durian.
  8. Psst, jika kamu dapati pulut masih keras selepas digaul bersama santan cair, masukkan semula pulut dalam periuk kukus dan kukus selama lima minit.
  9. Pulut dah masak, boleh diangkat, sejukkan dan hidang bersama serawa durian tadi.

Dah alang-alang banyak beli buah durian, apa lagi masak serawa durianlah jawabnya. Comfirm puas hati makan serawa durian bersama pulut kukus dan seisi keluarga pun suka juga.

Selamat mencuba♥

The post Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia! appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)