Resepi Sambal Udang (Sangat Ringkas)

Resepi kali ini merupakan satu lagi variasi sambal udang yang biasa kita nikmati di waktu makan utama. Sambal udang kali ini menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas namun salah satu perbezaannya berbanding sambal udang sebelum ini ialah penggunaan bawang putih. Lazimnya sambal udang menggunakan bawang merah dan belacan bersama cili kisar.

Oleh itu resipi kali ini akan membawa kelainan yang anda harus cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang amat ringkas dan mudah anda dapati di kedai berdekatan.

Resepi Sambal Udang

Bahan-bahan

  • 500 g udang
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 cawan kecil air asam jawa
  • 1 sudu makan bawang putih yang telah dikisar.

Kaedah

  • Tumis bawang putih sehingga garing.
  • Kemudian masukkan cili kisar sehingga pecah minyak
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih sebentar
  • Tambah garam dan sedikit gula
  • Akhir sekali masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak
  • Siap!

Hanya dengan menggunakan beberapa bahan masakan ini amat sesuai bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk masak. Gunakan udang yang besar sebagai bahan utama kerana ia mempunyai rasa yang lebih sedap. Diharap anda akan sudi mencuba resipi ini selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 2 times, 1 visits today)