Resepi Sagu Gula Melaka Guna Susu Ideal

Hari ini penulis nak berkongsi satu resepi manisan mudah yang disukai ramai, dipanggil Sagu Gula Melaka. Cumanya versi Wanista, gravy tidak menggunakan santan tapi menggantikannya dengan susu Ideal.

Sedap dimakan sejuk ketika berbuka puasa seisi keluarga. Resepi penulis ambil dari Youtube Buat Orang Lapo.

Bahan-Bahan Sagu

  • Air (untuk rebus sagu)
  • 2 Cawan Sagu Pewarna Makanan

Bahan Sirap Gula Melaka

  • 150 gram Gula Melaka
  • 3 Sudu Besar Gula Putih
  • 1 Cawan Air
  • Susu Ideal
Foto – Dari Dapur

Cara Memasak

1. Dalam periuk, panaskan air. Bila dah panas, masukkan sagu. Kacau sekali-sekala supaya sagu tidak hancur dan hangit.

2. Lepas 30 minit, sagu dah jadi jernih. Boleh tutup api.

3. Tapiskan sagu, lalukan sagu dengan air paip untuk membuang kanji yang ada pada sagu.

4. Sekarang dah boleh leak pewarna ikut citarasa masing-masing. Kacau-kacau supaya warna sekata semuanya. Dah siap, sejukkan sagu dalam peti sejuk. Lagi sedap makan sejuk-sejuk.

5. Dalam periuk kecil, boleh masak sirap gula Melaka. Masukkan ke semua bahan dan kacau sentiasa supaya tidak berketul dan hangit. Biarkan masak tapi jangan terlalu pekat.

6. Resepi asal menggunakan santan tapi penulis tidak suka rasa lemak pada santan jadi gantikan dengan susu Ideal.

7. Susu Ideal haruslah dimasak terlebih dahulu – boleh sakit perut kalau terus digunakan dari tin.

8. Bila semua dah siap, boleh sediakan dalam mangkuk – ambil sedikit sagu, letak susu dan gula akut tekak masing-masing.

Sekarang boleh makan. Selamat Mencuba!

The post Resepi Sagu Gula Melaka Guna Susu Ideal appeared first on Wanista.com.

(Visited 31 times, 1 visits today)