Resepi Rendang Ayam Melimpah (Gerenti Makan Bertambah!)

Rendang Ayam merupakan salah satu menu yang selalunya dihidangkan pada waktu perayaan sahaja. Namun begitu, rendang ayam juga sesuai dihidangkan pada bila bila masa. Rasanya juga sedap dan ianya amat sesuai dihidangkan bersama nasi lemak, nasi putih mahupun dicicah roti.

Selalunya, rendang ayam disinonimkan dengan cara penyediaan yang renyah. Akan tetapi, jika ikut cara yang betul, pasti mudah!

Kali ini kami bawakan resepi rendang ayam melimpah yang telah dikongsikan oleh Dura Ibrahim dalam laman Facebook beliau. Beliau telah mendapat likes dan shares yang banyak tau! Jom tengok!

Resepi Rendang Ayam Melimpah

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Sekilo santan
  • 1 plastik kecik kerisik
  • Minyak untuk menumis
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Aji secukup rasa
  • 20 tangkai cili kering (nak pedas boleh lebihkan)*
  • 5 biji bawang merah besar*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 batang serai*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas (ketuk)
  • 2 sudu kecik biji ketumbar*
  • 2 sudu kecik jintan manis dan putih*
  • 2 sudu besar lada hitam*

yang bertanda (*) perlu dikisar ye.

Cara – cara memasak:

  • Tumis bahan yang dikisar tadi.
  • Apabila bahan tadi dah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam
  • Masukkan kerisik
  • Apabila dah semua bahan dah bersatu, masukkan sekilo santan ke dalam kuali tadi..
  • Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Apabila kuah dah kering sdikit bolehlah ditutup api.
  • Baru taburkan daun kunyit.

Resepi – resepi lain yang boleh anda cuba:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

(Visited 47 times, 1 visits today)