Resepi Popia Cheese Paling Sedap (Rangup, Sedap Pasti Nak Lagi)

Krup.. krap.. bunyinya, sedap rasanya.

Kali ini kami akan berkongsikan resepi viral iaitu popia cheese. Siapa suka popia cheese? Mesti ramai yang suka bukan? Kanak-kanak bahkan hingga orang dewasa suka akan popia cheese rangup sedap ini.

Cara membuat resepi popia cheese sangat mudah semudah 1..2..3 dan cepat siap. Makannya pula cepat habis. Hidangkan satu balang mesti tidak akan cukup. Apatah lagi kalau kanak-kanak yang makan. Mak memang kena buat banyak balang.

Selain dimakan sebagai camilan keluarga. Banyak yang buat popia cheese untuk berniaga juga. Ramai yang suka dan ketagih makan camilan ini. Anda patut cuba resepi daripada Norliana Abdul Aziz‎ di laman Facebook seperti di bawah ini.

Resepi Popia Cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 pakej popia saiz besar (guna separuh sahaja),
  • 4 sudu serbuk cheese,
  • 1 sudu serbuk cili,
  • 2 sudu gula kastor.

Cara-cara :

  1. Popia dipotong kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak masak yang banyak untuk menggoreng popia.
  3. Jika sudah garing, angkat dan toskan. Tunggu sejuk untuk proses menggaul.
  4. Letak popia dalam bekas yang senang untuk gaul.
  5. Tabur serbuk cheese, serbuk cili dan gula castor banyak ikut selera masing-masing.
  6. Gaul sekata dengan cara goncang-goncang dalam balang.
  7. Siap
(Visited 669 times, 1 visits today)