Resepi Nasi Jagung Simple Dengan Ayam Masak Merah & Jelatah. Sedap!

Musim PKP ni mungkin ramai yang makin rajin masak setiap hari.

Yalah, lagipun sebab sekarang ni masih tak dibenarkan makan di luar. Nak order pun leceh juga kan, lebih-lebih lagi kalau nak makan sekeluarga.

Jadi apa kata kita cuba buat resepi nasi jagung simple yang sangat sedap hasil perkongsian Puan Izanizawati Ismail‎ ini.

Resepi nasi jagung

Resepi Nasi Jagung Simple Dengan Ayam Masak Merah & Jelatah

BAHAN UNTUK NASI JAGUNG

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan isi jagung
  • 1 cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • 1sudu kecil garam

BAHAN TUMISAN

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan dicarik & disimpul

BAHAN KISAR

  • 3 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 cm halia

CARA MENYEDIAKAN NASI JAGUNG

1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.

2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar.

Masak hingga wangi & kering.

3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam.

Masukkan juga beras & jagung.

Sukat air guna jari.

4. Pindahkan periuk dalam rice cooker & masak seperti biasa.

Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.

5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau-kacau guna garfu.

BAHAN UNTUK AYAM MASAK MERAH

  • 6 ketul ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 keping asam keping
  • Secukup rasa garam, gula & perasa

BAHAN KISAR

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai cili kering direbus

CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH

1. Lumur ayam dgn garam & serbuk kunyit.

Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.

2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika banyak) untuk tumis bahan kisar.

Masukkan serai & asam keping.

Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan gula & biarkan gula caramelized (bertukar perang) baru dikacau.

Ia bertujuan untuk meghasilkan warna kuah yang menarik.

4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati.

Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.

BAHAN UNTUK JELATAH

  • 1/2 batang timun
  • 1/2 batang carrot
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 sb gula pasir
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4sb cuka

CARA MENYEDIAKAN JELATAH

1. Satukan semua bahan dan sayuran yang dipotong memanjang.

Kacau sebati.

Dah siap bolehlah dihidangkan semuanya bersama.

Nampak menyelerakan betul…

Selamat mencuba!

*Kredit resepi : Izanizawati Ismail‎

Recommended for you

(Visited 5 times, 1 visits today)