Resepi Nasi Goreng Tomyam (Sedap Unik)

Resepi kali ini adalah salah satu inovasi nasi goreng yang mudah untuk disewa kan. Nasi goreng tomyam dibuat daripada nasi sejuk, kiub tomyam dan beberapa rencah makanan laut yang segar. Antara bahan yang wajib ada dalam nasi goreng tomyam ialah serai dan juga daun limau purut. Bagi anda yang mencari cari idea untuk hidangan keluarga anda, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Bahan utama

  • 3 cawan nasi putih
  • 1 ketul kiub tomyam

Bahan tumbuk dan tumis

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 ulas cili api
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan cili kisar

Bahan hiris

  • 2 batang serai sederhana
  • 2 helai daun limau purut

Bahan rencah

  • 15 ekor udang saiz besar (buang kulit dan tinggalkan ekor sahaja)
  • 4 ekor sotong besar (bersihkan dan hiris bulat)
  • Kacang panjang dan lobak merah ( hiris bulat)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis

Kaedah

  • Mula-mula sediakan kuali dengan saiz yang sesuai.
  • Tumiskan bahan tumbuk dan tumis yang telah disediakan.
  • Kemudian masukkan kuib tomyam.
  • Hancurkan kiub tersebut dan kacau rata.
  • Apabila ia telah garing, masukkan serai dulu.
  • Pastikan ia sebati, masukkan dahulu rencah sotong.
  • Biarkan sotong sebati dulu, baru masukkan udang.
  • Masukkan rencah sayur pula.
  • Masukkan nasi dan gaul rata, pastikan goreng dengan api yang besar.
  • Gaul laju-laju sehingga nasi goreng benar-benar panas.
  • Masukkan daun limau purut sejurus itu.
  • Dan gaul serta goreng hingga semua bahan sebati.
  • Siap.

Seperti biasa tahap kepada kepedasan masakan ini boleh disesuaikan dengan citarasa anda. Ini kerana selain menggunakan cili kisar anda juga boleh menggunakan cili api. Terpulang pada selera anda namun resepi ini amat mudah untuk disediakan dan juga ia berlainan daripada kebiasaan nasi goreng. Diharap anda akan mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 63 times, 1 visits today)