Resepi Nasi Goreng Kampung (Versi Cili Kering)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi. Nasi goreng kampung kali ini menggunakan cili kering. Lazimnya nasi goreng kampung menggunakan cili api. Tetapi bagi anda yang sukar untuk mendapatkan cili api. Bolehlah mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh didapati di kedai berdekatan.

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk 2-3 cawan

Bahan-bahan tumbuk.

  • 5 ulas cili kering (gunting dan rendam dengan panas)
  • Setengah biji bawang besar
  • Dua ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam 1 sudu

Bahan perencah

  • Ikan bilis yang telah digoreng.
  • Sedikit sayur kangkung (bersihkan dan potong kecil)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Kemudian tunggu sehingga ia garing.
  • Selepas itu masukkan sayur kangkung yang telah di bersihkan.
  • Masak sehingga sayur layu
  • Kemudian baru pecahkan telur. Sebelum telur kering masukkan nasi dan gaul dengan laju.
  • Sentiasa gunakan api yang besar agar nasi goreng anda masak dengan betul.
  • Siap untuk dihidang.

Jika anda tidak suka makan pedas, anda boleh mengurangkan jumlah cili kering yang digunakan. Cili kering perlulah digunting dan direndam dengan air panas agar mudah untuk ditumbuk. Jadi diharap anda akan mencuba resepi mudah ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 54 times, 1 visits today)