Resepi Nasi Beriani Sedap Mudah

Kita tak kira dah berkahwin ke hidup bujang ke mesti harus tahu ilmu masak memasak. Orang putih kata basic things. Jadi sambil baca resepi masakan sedap pastinya menjadi di bawah ini jangan lupa klik butang FOLLOW ya untuk update untuk kamu semua. Terima kasih sudi membaca.

Resepi Nasi Beriani Sedap Mudah Pastinya Menjadi

Bahan membuat nasi :

lima (5) pot beras Basmathi

dua (2) buah tomato – rebus

sehelai (1) daun pandan

suku (3/4) ikat batang ketumbar – bagi bau

empat (4) sudu besar minyak sapi
kayu manis, bunga lawang, bunga pelaga, bunga cengkih

garam

susu cair

Pewarna kuning telur

Pewarna merah

Bawang goreng – tabur apabila nasi sudah masak

Bahan Nasi Beriani blender (kisar) 1 :

lima (5) biji bawang merah

empat (4) ulas bawang putih
seinci (1) halia

Bahan Nasi Beriani blender (kisar) 2 :

sdb (1/2) rempah ketumbar

satu (1) sdb jintan manis

satu (1) sdb jintan putih

Cara memasak Nasi Beriani :

Hangat panaskann minyak sapi dalam periuk. Tumis rempah bunga lawang,kayu manis,pelaga,cengkih, daun pandan dan daun ketumbar. Baca Juga Resepi Masakan Nasi Minyak – internal link

Masukkan bahan kisar 1 dan kacau sampai naik bau wangi.

Tuang bahan kisar 2 dan buah tomato (resepi nasi tomato –internal link) yang direbus tadi. Masukkan beras dan goreng sekejap.

Masukkan air secukupnya dan sedikit garam. Masak nasi dalam periuk nasi tu seperti biasa sehingga air didalam kering. Bila air telah kering boleh tuang susu cair. Kacau rata dan tutup periuk.

Kalau telah kering, titis pewarna kuning telur dan pewarna merah sedikit dan tutup periuk. Jangan kacau nasi tu sehingga nasi benar masak. Selepas nasi masak baru boleh kacau sebati. Boleh tabur bawang goreng jika anda mahu sesudah nasi masak. Siap untuk dihidang.

Sekian Perkongsian Resepi Nasi Beriani Kita hari INi. Jika Ingin dapatkan resepi berkaitan Resepi Nasi Boleh baca Artikel yang berkaitan. Terima kasih kerana singah di blog resepinasi.blogspot.com.

kebanyakan resepi ini adalah inspirasi dari blog resepi terkenal seperti : rasa.my chenom dll

(Visited 3 times, 1 visits today)