Resepi Makaroni Goreng Tepung (Buat Snek)

Seterusnya resipi berikut merupakan sejenis resipi kudapan yang amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan hanya lah dua sahaja iaitu makaroni dan juga serbuk tepung Bistari. Membuat ini juga hanya memerlukan masa yang amat ringkas tetapi ia tahan lama jadi ini sesuai untuk dijadikan kudap-kudapan.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menghasilkan makaroni goreng ini.

Resepi Makaroni Goreng Tepung

Bahan-bahan

  • ½ bungkus makaroni
  • Tepung goreng bestari secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula rebus makaroni separuh masak.
  • Toskam dan biarkan ia sedikit suam.
  • Kemudian taburkan dengan tepung goreng bestari.
  • Dengan menggunakan minyak banyak dan panas, goreng makaroni hingga garing.
  • Tos makaroni yang telah digoreng.
  • Nikmati ia apabila telah sejuk sedikit dan simpan didalam bekas kedap udara.
  • Siap!

Makaroni ini perlulah rebus sebentar kerana jika tidak ia akan menjadi keras dan sukar untuk dikunyah. Namun terpulanglah kepada anda untuk mencuba resepi ini dan menikmati sendiri kudapan hasil tangan anda sendiri. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 3 times, 1 visits today)