Resepi Maggi Goreng Korea Macam Ramen Tapi Murah Sikit

Resepi maggi kali ini akan mencuba menjadikan ia seperti mee ramen. Mee ramen adalah mee berperisa Korea yang agak mahal dan banyak dijual dinegara kita sejak kebelakangan ini. Ia amat diminati kerana sosnya yang agak unik dan sangat pedas.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda mee maggi yang diubahsuai seperti mee ramen dengan mengguna sos Korea keluaran Adabi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek maggi kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang putih
  • Sosej/ isi ayam
  • 1 sudu teh bijan hitam/putih sangai (pilihan)
  • 1 -2 besar sos Korea adabi

Kaedah

  • Mula-mula rebus maggi dan tos airnya
  • Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
  • Segera masukkan isi ayam atau sosej
  • Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Masukkan sos Korea dan rencah maggi kari.
  • Kacau sebati.
  • Kemudian baru tambahkan maggi mee.
  • Kacau segera, tutup api dan sediakan untuk dihidangkan.
  • Taburkan biji bijan sebagai hiasan diatas maggi.
  • Siap!

Resepi ini mempunyai rasa yang amat hampir dengan mee ramen. Bezanya hanyala pada mee yang digunakan sahaja. Teskturnya juga sedikit berbeza namun dengan kos yag lebih rendah ianya amat berbaloi. Jadi apa kata anda cuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 2 times, 1 visits today)