Resepi Kuih Bunga Tradisi Orang Terengganu, Unik Tapi Senang Je Nak Buat!

Boleh dikatakan orang Malaysia antara yang tidak pernah lokek. Setiap hari pasti ada sahaja resepi yang dikongsi buat semua. Pelbagai jenis resepi bermula dari yang paling senang sehinggalah yang paling rumit. Lebih lebih lagi ketika Ramadhan ini, orang ramai semestinya memerlukan resepi itu agar mudah untuk mereka membuat panduan untuk memasak juadah berbuka.

Salah seorang pengguna Facebook, Nor Al Fatihah melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) berkongsi resepi yang agak unik iaitu kuih bunga atau tepung bunga. Pasti ada antara kita yang tidak pernah dengar mengenai kuih ini. Jadi apa lagi, boleh lah kita cuba masak dan buat sebagai hidangan tambahan ketika berbuka nanti. Nampak pun sudah menyelerakan!

Resepi Kuih Bunga

Kuih bunga @ tepung bunga..kuih org Ganu paling simple & cepat wat..tak sampai sejam dah siap..guna 4 bhn je..tepung pulut, air, telur & gula..ade jugak org buh santan sikit nk bagi lemak..tp kite ikut resepi mak kite..kecik2 dulu suka tolong mok getey kalu bln pose..rase die lembut + liat2 + manis

Bahan Bahan

– 2 cwn tepung pulut

– 3/4 cwn air

– 1 biji telur-di pukul

– Gula secukupnya

Cara Cara Memasak :

1. Campur air dgn tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi

2. Ambik sikit doh & gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur

3. Goreng di dalam minyak yang panas hingga merekah & berbunga bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga jaga dia meletop sikit, kita pun tekejut

4. Angkat & toskan. Salut dengan gula.

Itu dia resepi yang sangat mudah yang boleh dicuba oleh semua orang. Selamat mencuba!

Sumber : Nor Al Fatihah

Recommended for you

(Visited 12 times, 1 visits today)