Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perlu Perap, Hasilnya Menjadi!

Kek Sarang Semut, antara kek yang dikatakan sukar untuk membuatnya disebabkan tak semua dapat hasil ‘sarang semut’ yang cantik.

Menerusi resepi yang dikongsi Ieda Jahaya ini, kek sarang semut yang dihasilkan menjadi dan sangat cantik walaupun adunan tidak diperap dan bakar di atas dapur saja.

Resepi ini sesuai untuk mereka yang baru belajar untuk membuat kek legend ini. Jom kita cuba!

BAHAN AYAK:

  • 100g tepung gandum
  • 100g tepung ubi
  • ½ sudu makan baking soda
  • ½ sudu makan baking powder
  • *Ayak dan ketepikan dulu

BAHAN KARAMEL:

  • 300g gula pasir
  • 300ml air panas

BAHAN LAIN:

  • 3 bji telur
  • 120g susu pekat
  • Esen vanilla
  • 90gm buttercup

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak gula pasir di atas dapur dengan menggunakan api sederhana. Pastikan api jangan terlalu kuat, takut karamel hangit nanti.

2. Kacau hingga gula larut dan cair. Jangan nampak sikit pun ketulan gula dalam tu.

3. Kemudian, masukkan air panas. Tuang sedikit demi sedikit, sambil kacau. Jangan tuang sekali gus ye dan hati-hati sebab panas.

4. Kacau-kacau hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan dulu.

5. Di dalam bekas lain, masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla. Pukul guna whisk je selama 1 minit atau hingga sebati.

6. Cairkan buttercup dan ketepikan.

7. Selepas pukul telur, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit berselang-seli dengan gula karamel tadi.

8. Buat hingga habis. Kacau hingga sebati, kemudian tuang buttercup yang dicairkan tadi sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.

9. Untuk bakar, guna nonstick pan saiz besar ye untuk senang nak msuk loyang.

10. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin atau mentega. Tapis adunan masuk ke dalam loyang.

11. Panaskan non-stick pan selama 10 minit. Kemudian, bakar 20 minit.

12. Jangan tutup loyang. Biar adunan membuih dan naik.

13. Bila kek dah nampak kembang membuih, sambung bakar lagi dan tutup kuali.

14. Guna api perlahan je. Terus membakar selama 45 minit. Bila kek dah masak, tutup api. Tunggu sejuk, baru potong.

Sumber: Ieda Jahaya Via Rasa