Resepi Kek Lapis Teh Tarik Hati Tertarik Gerenti Ramai Suka

Kek Lapis merupakan hidangan istimewa yang berasal daripada Sarawak. Ianya merupakan adunan yang dibakar nipis nipis kemudian di lapis membentuk sebuah kek yang amat lazat dan menyelerakan. Ianya telah menjadi salah satu kegemaran rakyat Malaysia dan sering dihidangkan pada musim perayaan ataupun kepada para tetamu.

Kek Lapis telah diinovasikan kepada bermacam jenis perisa. Ada perisa coklat, strawberry dan kali ini kami bawakan kepada anda, kek lapis berperisa teh tarik! Dengar namanya sahaja sudah membuat hati tertarik apatah lagi bersama rasanya yang berlemak manis itu. Pasti bikin semua teringat – ingat.

Kek Lapis juga sesuai dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Walaupun cara pembuatan kek lapis ini perlukan kesabaran, namun hasilnya pasti memuaskan hati anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Marlyssa Pariss dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media sosial. Jom kita lihat!

Kek Lapis Teh Tarik

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 16 oz mentega
  • 10 biji telur
  • 2 gelas tepung hongkong
  • 1 gelas gula halus
  • 5 sudu makan susu manis
  • 1 sudu makan ovelatte
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50g tepung susu
  • 50g coffee mate
  • 5 bungkus teh tarik paket
  • 800 ml air panas
  • 8 sudu teh serbuk lipton
    Nota: Bancuh teh serbuk dengan air panas dan jadikan sebanyak 400 ml air teh pekat. Biarkan sejuk.

Cara – cara memasak:

  1. Pukul telur dengan gula sampai putih dan pekat. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, pukul mentega, ovelatte dan susu sampai putih.
  3. Apabila sudah putih, masukkan bancuhan telur tadi. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung, baking powder, coffee mate, tepung susu dan serbuk teh paket. Gaul rata.
  5. Masukkan air teh. Gaul rata dan sebati.
    Nota: Jika suka boleh dibahagia dan diwarnakan mengikut citarasa masing – masing.
  6. Bakar secara berlapis – lapis.
kek lapis teh tarik 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

(Visited 1 times, 1 visits today)