Resepi Hot Aidilfitri 2018. Ketupat Lemang, Cara Masak Macam Ketupat Tapi Rasa Seakan Lemang.

Juadah wajib yang mesti ada bila raya Aidilfitri atau masa raya Aidiladha . Lemang memang favorite rakyat Malaysia. Tapi nak bakar lemang ni bukan semua orang pandai, jadi tercetuslah idea kreatif ini, Ketupat Lemang.

Cara masaknya mudah sahaja, sama seperti memasak ketupat dan yang menariknya rasa dia seakan Lemang. Walaupun tak 100% sama tapi masa ada rasa tu. Lebih mudah tak perlu nak bakar.

Bahan-bahan pulut :

1 kilo beras pulut

2 biji kelapa parut

8 helai daun pandan

Garam

Video cara menganyam daun :

Cara cara membuat ketupat :

Daun yang telah siap dianyam

Isikan pulut yang telah dibasuh dan direndam selama satu jam ke dalam kerobong ketupat. Isikan penuh dan padat. Kepil kerobong dengan lidi.

Sediakan periuk dengan santan dan garam secukup rasa. Masukkan daun pandan dan ketupat ke dalam periuk. Pastikan ketupat tenggelam sepenuhnya supaya santan dapat diserap dengan baik.

Rebus sehingga masak. Jangan lupa untuk kacau sekali sekala supaya santannya sekata. Tunggu sehingga kering.

Bila sudah masak, angkat dan tunggu sehingga sejuk sedikit dan potongkan.

Sedap dimakan bersama rendang daging. Selamat mencuba semua.

Sumber : Facebook Eiyjarn Aziean AnGah

 

 

(Visited 473 times, 2 visits today)