Resepi Daging Masak Palembang (Lain Daripada Yang Lain!)

Resepi kali ini adalah resepi daging masak palembang. Resepi ini lebih unik dan jarang didengari. Namun tahukah anda, daging masak palembang ini amat sedap dan menyelerakan?

Daging masak palembang tidaklah menggunakan bahan yang sukar untuk dicari. Rasanya juga pasti menjadi kegemaran yang merasainya. Dihidangkan pula bersama nasi panas, kombinasi yang terbaik!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Aishah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Daging Masak Palembang

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Serai
  • Kicap manis
  • Buah pelaga, kayu manis, bunga lawang
  • Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih
  • Kerisek
  • Cili kisar

Cara – cara memasak:

  1. Perap daging dengan kicap, ketumbar, jintan, rempah tu disangai dahulu dan ditumbuk halus.
  2. Tumiskan cili kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar.
  3. Serai diketuk je dan masukkan sekali.
  4. Apabila dah garing masukkan daging tadi, boleh tambah kicap kalau nk warna lagi gelap.
  5. Saya tidak letak air sebab daging tu sendiri akn mengeluarkan air.
  6. Apabila sudah agak kering, bolehlah masukkan kerisek dan perasakan dgn garam dan perasa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

(Visited 171 times, 1 visits today)