Resepi Cara Buat Telur Bistik, 15 Minit Dah Siap

Penggemar telur mari-mari datang sini tengok resepi yang kami kongsikan ini. Resepi telur bistik berkuah yang patut anda sekalian cuba.

Telur ialah hidangan paling simple. Saking simple hingga kadang kita bingung ingin masak telur resepi apa bukan? Telur goreng? Dadar? Telur mata? Sup kah? Kadang boleh muak pula masakan telur itu-itu sahaja. Ingat senang kah masak telur?

Bukan hanya daging saja ada bistik. Telur pun ada rupaya. Resepi telur bistik ini dikongsikan oleh Norhafizah Shabudin di laman Facebook. Telur bistik ianya berkuah. Maka makan pun tidak rasa kosong dan kering kerana lagi sedap makan dengan kuahnya.

Sila hidangkan telur bistik hari ini. Terutamanya untuk anak-anak anda yang suka makan telur. Gerenti makan jadi bertambah-tambah. Selamat mencuba.

Resepi Telur Bistik

Bahan-bahan :

  • Telur,
  • Garam,
  • Daging,
  • Ayam,
  • Bawang putih,
  • Bawang Holland,
  • Sos cili,
  • Sos tomato,
  • Cili padi ketuk,
  • Sayur,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Masak telur terlebih dahulu. Pecahkan telur, tambahkan garam, daging dan ayam dipotong dadu yang sudah digoreng terlebih dahulu (boleh guna daging burger).
  2. Gorengkan telur macam biasa.
  3. Seterusnya masak kuah. Tumiskan bawang putih cincang dan bawang holland yang dipotong dadu.
  4. Jika sudah layu, masukkan sos cili dan sos tomato.
  5. Tambahkan air.
  6. Tambah cili padi ketuk dan sayur (bunga kobis, carot, celery, capsicum).
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Jika sudah siap telur dan kuah. Cara menyediakannya ialah kuah dituang ke atas telur dadar tadi. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang.
  9. Siap

(Visited 1,325 times, 1 visits today)