Resepi Bubur Gandum Sedap, Bau Pon Wangi Sangat

Teringin buat menu hidangan petang yang sedap? Boleh cuba hidangkan bubur gandum.

Ramai yang suka akan bubur gandum. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau makan bersama roti. Sedap dijadikan menu hidangan untuk minum petang.

Bubur gandum dimasak bersama santan dan gula melaka. Ianya juga menggunakan sagu. Ada pelbagai resepi lain yang menambahkan jagung mahupun beras pulut.

Resepi bubur gandum yang dikongsikan oleh Suriea Mohd Noor di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai dan patut anda cubakan di rumah.

Resepi Bubur Gandum Sedap

Bahan-bahan :

  • 200 gm atau 300 gm biji gandum (cuci dan rebus hingga kembang. Selama lebih kurang 30 minit).
  • 1 ketul gula melaka anggaran 200 gm (dihiris).
  • 1 cawan gula pasir.
  • 2 cawan santan pekat (guna 200 ml santan kara + 200 ml air masak).
  • 1000 ml air masak suhu bilik.
  • 1/3 cawan sagu (cuci dan toskan).
  • 3 helai daun pandan disimpul.
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula toskan biji gandum yang telah kembang dan masukkan ke dalam periuk lain.
  2. Kemudian tambahkan bersama biji gandum tadi daun pandan, sagu, gula melaka, gula pasir dan garam.
  3. Lalu tuang santan dan air. Boleh tambah air ikut kepekatan masing-masing.
  4. Kemudian masak hingga mendidih dan dikacau sekali sekala. Masak selama lebih kurang 25 minit, hingga kuah pekat sedikit.
  5. Siap untuk dihidangkan.
(Visited 64 times, 2 visits today)