Resepi Buat Kek Pisang, Paling Senang. Blender Semua Terus Kukus Then Siap

Kek pisang kukus untuk minum petang. Lebih-lebih lagi jika kek pisang yang lembut dan dimakan bersama teh o panas. Memang ‘complete’ nikmatnya. Adakah yang mahu resepinya?

Resepi kek pisang kukus mudah daripada Nur Amy Zainuddin yang dikongsikan di laman Facebook. Resepi kali ini sangat senang kerana hanya guna blender sahaja.

Kek pisang yang dihasilkan pula sangat lembut, gebu dan sedap. Terasa manis pisang dan wangi aroma pisangnya sangat menyelerakan.

Resepi ini boleh anda gunakan untuk berniaga, boleh juga dijadikan oleh-oleh dibawa kerumah mertua dan sedara mara. Semestinya ramai yang suka kek pisang ini. Tunggu apalagi, jom buat sekarang!

Resepi Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan :

  • 1 biji telur gred B,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1 cawan pisang lenyek,
  • 1 sudu soda bikarbonat,
  • 1 sudu baking powder,
  • 1 penutup botol esen pisang,

Cara-cara :

  • Blender semua bahan.
  • Kukus sampai masak.
  • Siap.

Sangat mudah bukan? Sila cuba.

(Visited 2,213 times, 1 visits today)