Resepi Biskut Mentega Danish Paling Sedap Untuk Hari Raya

Lagi dua hari kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasti semua orang sedang sibuk membuat persiapan raya, bagi kaum ibu sudah pastinya mereka sedang sibuk di dapur memasak untuk juadah Hari Raya nanti.

Bagi yang tak dah tak ada idea nak buat kuih raya apa untuk raya nanti, apa kata kamu cuba buat Biskut Mentega Danish ni gerenti sedap dan puas hati.

Bahan-bahan

  • 250 gram mentega
  • 110 gram gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 320 gram tepung gandum/serbaguna
  • 60 gram tepung jagung
  • 40 gram tepung susu
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda)
  • 1/2 sudu teh garam
Foto – Arkib Wanista (bahan-bahan utama)

Cara membuatnya

  1. Masukkan mentega dalam mangkuk kemudian ambil mesin pengadun dan adun mentega sehingga menjadi gebu.
  2. Setelah mentega menjadi gebu, masukkan gula dan adun sekali lagi menggunakan mesin pengadun.
  3. Mentega dan gula telah kembang dan teksturnya juga menjadi gebu dan ringan.
  4. Kemudian masukkan telur dan adun sekali lagi, adun sehingga telur betul-betul sebati dalam adunan mentega.
  5. Selepas itu masukkan satu sudu teh jus lemon dan satu sudu teh esen vanila, adun bahan-bahan sehingga sebati menggunakan mesin pengadun.
  6. Kemudian masukkan tepung gandum atau tepung serbaguna, garam, serbuk penaik (baking soda), tepung jagung, dan tepung susu ke dalam penapis dan ayak bahan ke dalam mangkuk adunan mentega tadi.
  7. Adun ke semua bahan-bahan sehingga sebati, setelah adunan sebati ratakan dan sedia untuk dimasukkan ke dalam piping bag untuk dibentukkan menjadi biskut yang cantik.
  8. Bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat melingkar seperti cincin di atas dulang, bentukkan biskut sehingga habis semua adunan tadi.
  9. Bakar biskut dalam oven pada suhu 170 darjah selsius selama 15 minit.
  10. Biskut Mentega Danish siap di bakar, keluarkan dan biar sejuk.
  11. Simpan biskut ke dalam balang dan boleh makan sebagai juadah Hari Raya nanti.

Senang bukan nak buat Biskut Mentega Danish yang sedap ni, kamu boleh cuba membuatnya di rumah bersama anak-anak dan bahan-bahan pun ringkas je.

Jom cuba masak hari ni♥

The post Resepi Biskut Mentega Danish Paling Sedap Untuk Hari Raya appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)