Resepi Bihun Tomyam (Versi Goreng)

Resepi kali ini merupakan resepi daripada koleksi bihun goreng. Bihun goreng tomyam diolah daripada masakan berasaskan tomyam. Contohnya nasi goreng tomyam ataupun sup tomyam. Lazimnya masakan tomyam ini haruslah mempunyai beberapa ciri khas. Bahan seperti daun limau purut,serai dan pes tomyam. Seperti nasi goreng tomyam, bihun Tomyam juga amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bihun Tomyam

Bahan utama

  • 200 gram bihun (rendam dan air suam sehingga lembut)

Bahan kisar

  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili kering

Bahan tumis

  • 3 sudu besar Bahan kisar
  • 3 sudu Pes chili thai (@ pes tomyam)
  • 2 batang serai (hiris)
  • Ayam (didadu)
  • Udang
  • Lobak merah
  • 3 helai daun limau purut (hiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Sawi

Kaedah

  • Tumiskan bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kering.
  • Kemudian masukkan thai chili pes dan serai. Kacau sebentar.
  • Tambahkan ayam dan udang sehingga separuh masak.
  • Masukkan sos tiram dan sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Kacau sebentar dan kemudian terus masukkan bihun dan kacau rata.
  • Akhir sekali, boleh tambahkan sayuran yang cepat lembut seperti sawi, taugeh dan tomato. Kacau sehingga bihun masak. Siap untuk dihidang!

Jika anda tidak ada pes tomyam, anda juga boleh gunakan kiub tomyam yang banyak-banyak didapati di pasaran. Masakan ini amat mudah, Oleh itu anda pasti boleh menyediakannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 36 times, 1 visits today)