Resepi Banana Milk Korea, Guna 5 Bahan Je!

Teringin nak minum susu pisang Korea? Tapi nak beli, harga pula agak cekik darah.

Malangnya, tidak seperti kimchi dan ramyeon, susu pisang Korea tidak banyak didapati (melainkan jika anda tinggal dekat pasaraya Korea!).

Di TikTok, ada dikongsikan resepi susu pisang sebiji Korea yang mudah dan sedap rasanya. Anda hanya perlu sediakan lima bahan untuk membuat susu pisang Korea.

  • 1 biji pisang
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar sirap maple
  • Beberapa titis ekstrak vanila

@ygetreasure##########♬ Black Swan – BTS

Cara-Cara:

1. Potong pisang dan masukkan kepingan dalam pengisar.

2. Masukkan 1/2 cawan air, 1/2 cawan susu segar, 2 sudu besar sirap maple dan ekstrak vanila. Kisar sehingga semuanya sebati dan mencapai konsistensi cecair.

3. Masukkan beberapa ketulan ais ke dalam gelas dan tuangkan minuman.

4. Selesai dan boleh minum.

Mudahkan? Selamat Mencuba!

The post Resepi Banana Milk Korea, Guna 5 Bahan Je! appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)