Resepi Baked Oreo Cheesecake (Ala Burnt Cheesecake)

Resipi kali ini merupakan satu lagi koleksi cheesecake. Burnt Oreo Cheesecake menggunakan Oreo sebagai bahan utama nya. Oreo memberi satu rasa yang sangat sedap dan dia digemari terutamanya oleh kanak-kanak. Ini tidaklah dibakar terlalu haus memadai sedikit warna coklat atau keperangan di atasnya.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Baked Oreo Cheesecake

Bahan-bahan

  • 500g cream cheese
  • 1 peket Oreo (asingkan krim dan biskut)
  • 3 sudu besar butter cair
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur

Kaedah

  • Mula-mula hancurkan ½ dari peket biskut Oreo
  • (Asingkan bakinya dan untuk diisi dalam kek nanti.)
  • Kemudian gaulkan dengan butter cair.
  • Masukkan kedalam loyang saiz 7” bulat dan ratakan.
  • Simpan didalam peti ais agar ia keras.
  • Sementara itu pukul cream cheese bersama gula bersamaan krim biskut Oreo sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur 1 demi 1.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila dan baki biskut Oreo yang dipatah-patahkan tadi.
  • Tuang kedalam loyang yang telah disediakan tadi.
  • Bakar pada suhu 160c selama 45 minit dengan teknik steam bath
  • Selepas siap, biarkan dalam loyang dulu dan simpan dalam petiaias beberapa jam.
  • Selepas itu baru keluarkan dari loyang.
  • Siap!

Sangat mudah untuk disediakan walaupun cheesecake jarang di cuba dan di anggap sebagai sukar untuk disediakan tetapi percayalah resipi ini amat mudah dan anda seharusnya mencubanya dan kagumkan tetamu anda dengan hidangan kek yang premium ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 2 times, 1 visits today)