Resepi Ayam Percik (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi dari koleksi ayam. Resepi ayam percik ini berasal daripada Pantai Timur, ia adalah potongan ayam yang dibakar kemudian dicurah dengan kuah yang dinama kuah percik. Biasanya ini ditemui di pasar-pasar, ayam ini akan dikapit dengan buluh yang dibelah sebelum dibakar. Pun begitu ia amat mudah untuk disediakan di rumah anda sendiri, berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan ayam percik ini.

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam, dipotong 4

Bahan untuk kisar halus (perapan):

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 batang serai
  • 2 cm halia
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 8-10 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sedikit asam jawa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:

  • Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  • Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.

Cara- cara untuk kuah:

  • Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  • Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Cara yang paling mudah untuk menyediakan ia di rumah ialah dengan menggunakan oven. Namun begitu anda juga boleh menggrilnya didalam kuali dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat. Sebaiknya ayam direbus ayam direbus atau dikukus separuh masak dahulu sebelum dibakar agar ia lebih cepat untuk disediakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 1 times, 1 visits today)