Resepi Apam Pisang Kukus Mekar Gebu Guna Blender Sahaja

Kalau banyak pisang yang dah masak dan takde orang makan, apa kata anda cuba resepi apam pisang kukus gebu ni. Kami rasa pasti kejap je licin. Dengan rasa wangi pisang dan gebu,memang sesuai la untuk anda buat menu sarapan pagi atau minum petang.

Selain daripada buat untuk anak-anak, boleh anda guna resepi apam pisang gebu ni untuk tambah pendapatan. Buat dalam acuan kuih lompang atau acuan lain sesuai, letak dalam bekas plastik lepas tu jual kan. Menarik.

Untuk pemilihan pisang, anda boleh guna apa sahaja pisang yang anda rasa sesuai tapi kalau nak sedap, boleh guna pisang berangan, pisang raja, pisang emas atau pisang kapas pun. Yang penting ada pisang.

Antara tips berguna yang boleh anda buat ketika hasilkan resepi apam pisang ini adalan, sebelum mengukus, pastikan anda balut permukaan penutup pengukus dengan kain tuala.Ini untuk elakkan wap air mendidih turun menitik masuk ke dalam apam dan juga bagi pengukus lebih kedap udara dan kekalkan suhu maksima.

Terima kasih kepada Puan Atiqah Zaidi di atas resepi apam pisang kukus yang cukup lengkap dan mudah untuk saya dan anda cuba cuba sendiri di rumah.

Bahan Resepi Apam Pisang Gebu Mudah : 

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan pisang berangan yang dilenyek
  • 1 sudu besar susu manis
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Hirisan pisang nipis untuk adan letak di atas adunan apam

Cara Penyediaan Resepi Apam Pisang Sedap :

#1: Masukkan air dalam pengukus dan didihkan air dulu.Sambil tu sediakan adunan.Dalam pengisar makanan, masukkan telur,susu dan gula. Kisar dua bahan ini hingga kembang dan sebati. Tuang ke dalam bekas besar sedikit.Lepas tu tambahkan pula minyak masak, pisang berangan yang siap dilenyek dan esen vanilla atau pisang untuk singkirkan bau hanyir telur. Pukul sebati dengan tangan lebih kurang 2-3 minit.

#2: Campurkan dan ayak bahan kering iaitu tepung gandum bersama dengan baking powder dan juga soda bikarbonat.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang siap dipukul tadi.

#3: Sapu sedikit minyak pada acuan kesukaan anda untuk mudahkan keluarkan apam pisang nanti selepas masak. Isikan adunan apam 3/4 acuan sahaja sebab nanti dia akan kembang dan naik. Letak dan susunkan hirisan pisang.

Kukus selama 20-30 minit bergantung pada saiz acuan anda. Guna api sedikit besar ya untuk sentiasa air mendidih. Bila dah masak, jangan terus angkat tapi buka penutup sahaja dan sambung kukus untuk 2-3 minit bagi pastikan apam pisang anda sedikit kering.

Sejukkan acuan dan barulah keluarkan apam pisang.Dah siap dah resepi apam pisang lengkap untuk anda cuba.Memang sedap sungguh.

(Visited 549 times, 1 visits today)