Resepi Alfredo Angel Hair Spagetti (Italian Food)

Resepi berikut merupakan resepi pasta yang sangat digemari oleh masyarakat kita. Alfredo adalah sejenis sos krim yang diperbuat daripada krim putar dan juga cis. Biasanya pasta yang dimakan bersama sos alfredo ini ialah fetucini namun kali ini saya menggunakan pasta angel hair.

Alfredo pasta ini biasanya dijual di restoran ataupun cafe yang mahal. Namun tahukah anda yang anda boleh menyedianya sendiri di rumah kerana ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan cara penyediaan juga amat cepat. Amat sesuai bagi anda yang sering kesibukkan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahab-bahan

  • ½ peket pasta angel hair
  • ¼ cawan mentega (salted)
  • 2 keping cheddar
  • Serbuk lada hitam kasar
  • 1 cawan krim putar
  • Secubit garam

Bahan rencah

  • Ayam
  • Sosej
  • Crab stick
  • Udang
  • (Terpulang pada citarasa)

Cara penyediaan:

  • Rebus pasta di dalam air mendidih bergaram.
  • Kacau sesekali hingga ia menjadi tak keras sangat, tak lembik sangat.
  • Bila anda gigit, ia sedikit kenyal.
  • Tuskan pasta tersebut, tapi simpankan air rebusan itu sebanyak 2 cawan.

Kuah alfredo

  • Mula-mula tumiskan semua bahan rencah dan ketepikan.
  • Di dalam pan besar dengan api biasa, tuangkan 1 cawan air rebusan.
  • Biarkan ia mereneh, kemudian masukkan butter, sekeping demi sekeping dan kacau dengan whisk hingga ia cair.
  • Teruskan kacau dan masukkan keju cheddar sedikit demi sedikit.
  • Pastikan ia dah betul-betul cair dan sebati sebelum menambahkan lagi keju ke dalam pan itu.
  • Tambahkan bahan rencah tadi.
  • Kemudian masukkan pasta dan air rebusan lagi sedikit dan gaul hingga sos keju betul-betul menyaluti pasta.
  • Untuk hidang, taburkan sedikit lada hitam dan lagi banyak cheese parut ke atas pasta anda.
  • Siap!

Ini adalah masakan Itali, pasta adalah sejenis makanan kabohidrat yang membekalkan tenaga. Namun begitu pasta mempunyai G.I yang lebih rendah berbanding nasi. Oleh itu ia juga sesuai bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Diharap anda akan mencuba resipi mudah ini dan jangan lupa kongsikan bersama rakan dan tahulah.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 2 times, 1 visits today)